CAFEMOON: ASIF DAN NAD 1




BAB 1



“Gila”
“Kau yang gila”
“Dasar tomato”
“Kau itu timun”
“Okay cut, cut aku penat gaduh dengan kau”
“Siapa yang mulakan dulu”
“Kau yang mula dulu” 
“Dah itu kau tak nak mengalah”
“Tak” aku mengeluh. Dia yang suka cari pasal aku juga yang kena mengalah. Dasar lelaki ego.
“Kau ini tak pernah berubah la” tengok aku juga yang dia salahkan. Serius geram. 
“Kau pun sama” guman aku perlahan. Keadaan kami diam seketika. Tak tahu nak cakap apa. Dulu gaduh pun dalam Facebook. Kalau kira-kira dekat empat tahun juga tak jumpa mamat ini. Mamat yang mungkin akan membuat huru-hara pada aku setiap kali berjumpa ataupun berhubung.
“Kau sihat?” 
“Sihat la. Kalau tak aku tak ada dekat sini” tengok itu sinis dia buat aku geram. Macam mana la aku boleh suka dekat mamat ini dekat lima tahun juga. Lima tahun okay! Bukan jangka masa yang pendek. Bukan hari, minggu ataupun minit tapi tahun.
“Kau tak pernah nak layan aku baikkan” suara aku kendur. Nak raih sempati sebenarnya. Mana tahu dia pujuk. Berangan lah Nadia kalau dia nak pujuk.
“Buat apa nak layan kau baik-baik. Bukan bini aku pun” okay ada point dekat situ. Tak jadi aku nak merajuk dan nak mengharap dia pujuk. Kalau boleh term ‘pujuk memujuk’ harus dibuang bila melibatkan lelaki ini, lelaki bernama Asif.
“Yelah. How life?” rindu aku tak? Soalan akhir itu aku hanya tanya pada hati. Gila lah nak cakap macam itu dekat dia. Nanti dia smash balik. Aku jugak tak cukup tanah nak memujuk hati dengan kata-kata tak semegah dia. Sesungguhnya dia pakar dalam merobek hati aku.
“Okay. Biasa la orang bijak macam aku ini selalu berjaya” boleh tak aku nak cekik dia sekarang.
“Yelah Encik Asif, orang bijak macam awak ini memang selalu berjaya” aku buang pandang pada awan. Tengok awan jap. Biar tenang aku nak hadapi mamat ini. Rasa-rasa tengok awan ciptaan yang teragung ini lebih banyak buat aku bersabar dengan manusia bernama lelaki in. Sikap sinikal tak pernah nak pernah hilang. Nak bercakap dengan lelaki ini kena pandai buat reverse psikologi.
Sebab pertama dia tak akan hiraukan hati kita. Kedua, mulut dia jenis bad boy. Tak akan cakap sweet macam Romeo bagai. Hanya kata-kata sadis yang mampu menghancurkan hati seorang wanita akan keluar dari mulut dia. Bad boy versi aku. Ketiga, dia tak pernah nak baik dengan aku. Waaa… sedih lah. Walaupun macam itu, aku tak tahu kenapa kami masih boleh berkawan. Kawan? Kawan ke?
“Kau kerja dengan Kit ke?” Dalam masa lima tahun aku hanya tengok perkembangan dia dengan teknologi. Facebook la. Kit Cooperation, kerja sebagai engineering. Kerja dah bagus. Dia punya impian. Pernah dulu kami berbual pasal impian dan cita-cita. Pelikkan ada masa kami bergaduh bagai nak rak dan ada kala kami baik macam nak gila, sampaikan boleh duduk berbual baik-baik lah.
“Yolah. Mana lagi. Kau buat apa dekat sini?” aku ketip bibir. Suara macam tak puas hati. Ingatkan tak nak tanya tadi. Asyik aku yang membising. Kering jugak air liur aku.
“Akukan tak pandai. Jadi cleaner dekat sini” saja buat ayat sedih kejap.
“La yeke? Memang sesuai dengan kau” aku kalih. Muka dia aku tenung. Argh! Rasa macam nak baling dia dalam longkang. Dari buat-buat sedih dah sedih betul. Aku tarik muka. Dia hanya tersenyum suka barangkali buat aku hangin satu badan. 
“Kerja apa pun tak salah. Janji halal. Lagi satu kau enjoy” ini dia Asif aku. Dia tahu nak tenangkan hati aku. Aku pandang tepat ke arah dia. Dia berkerut. 
“Kau kenapa? Gila ke?” dia tak puas hati.
“Kau tahukan aku suka kau?” Aku buat muka bajet cute. Saja nak mengedik dengan dia.
“Tahu”
Amboi berlagak. “Ceh poyo okay” 
“Apa...apa...apa...” dia membalas pandangan aku. Itu tanda dia dah gabra.
Aku tak masak dengan perangai dia. Cuma kadang-kadang kelakuan dia membuatkan aku mencipta spekulasi. Gembira ke? Sedih ke? Gelabah ke? Semua itu aku main hentam. Cuma satu yang aku masih tak faham. Dia ini macam mana sebenarnya. Kelakuan dia kadang-kala bercanggah dengan spekulasi aku. Kenapalah aku tak boleh faham dia sepenuhnya?
“Cik Nad!” Kami berpaling. Dari arah bertentangan Siti melambai-lambai. Nampaknya aku kena beransur.
Got to go. By the way, happy to see you. See you soon” aku bangkit dari kerusi batu. Ada kerja. Aku bukan boleh nak duduk lama sambil buang masa. Masa aku berharga kot. ‘Cleaner’ pun busy.
Bye” aku melambai. Langkah diatur meninggalkan lelak itu.
“Weh” langkah aku terhenti. ‘Wei’ itu aku lah. Dia mana nak panggil nama aku dengan penuh berhikmah. Wei lah, hoi lah. Dasar tak ada kesedaran sivik. Punya cantik nama aku dia buat tak tahu. Pendek je kot. Nadia! Bukan Nur Nurul Nadia Nadiah Nasuha bagai. Hanya satu perkataan. Nadia! Itu pun tak reti nak sebut.
“Nanti boleh lepak lagi kan?” Dia masih selamba. Kawan lama katakan. Tak ada hal la. Tak baik putuskan siratulrahim sesama manusia. Allah tak suka. Aku pun tak suka. Orang ajak kita kawan kita kawan, kalau ajak lawan kita tutup mata. Jangan cari musuh dalam hidup ini.
“Bereh. Apa-apa kau call aku.”
“Kau la call” mamat inikan. Temperature dah naik satu line.
Cut it off. Nak call, call la. Tak nak sudah” dia mencebik. Aku menjelir. Akhirnya kami tersenyum.
“Cik Nad siapa tu?”
Aku senyum. “Kawan lama”
“Seronok jumpa kawan lama erk. Sampai saya tengok ada bunga-bunga bahagia” terkejut aku. 
“Obvious sangat ke?” Aku meraba muka. Ye ke muka bahagia?
“Cik Nad kalau Encik Saiful tengok mesti dia kecewa 40 malam” sempat lagi makcik ini gelak.
“Kamu kalau tak kacau saya tak boleh ya” 
“Tugas saya Cik Nad.” Mengekek dia ketawa. Seronok la itu dapat bahankan aku. Aku tarik sengih. Mata sudah fokus pada design yang terdapat pada sketch book.
Kerja jadi planner ini memang seronok. Nak pula bila custermor suka dengan hasil kerja kita. Macam sekarang la, bila pihak syarikat ini puas hati untuk plan perasmian anak syarikat mereka nanti.
“Cik Nad” aku yang masih mood mengelamun tersentak. 
“Kita dah sampai” suara Siti membuatkan aku membuang pandangan pada keliling. Yalah dah sampai. Lambat-lambat aku turun dari kereta. Aku ini nama je ada lesen. Tapi nak bawa kereta penakut ya amat.
“Awak drift ke Siti?”
“Cik Nad, saya bab drift memang saya minat. Memandangkan Cik Nad ini penakut saya terpaksa lupakan hasrat saya ini.” Apa punya nasib dapat PA macam Siti ini. Suka bahan aku. Terisi jugak la hiburan aku.
“Awak itu Siti bawa nyawa saya. Of course la saya kisah pasal nyawa saya” 
“Yelahkan. Baru jumpa kekasih lama. Nak menyulam kasih pun belum lagi” aku dah bergerak seiringan dengan Siti. Sketch book aku hempuk dekat bahu minah ini. Tak berhenti bahan aku dari tadi.
“Saya tak faham la kena saya masih tahan kerja dengan awak” luah aku. Pelik pun ada aku ini.
“Sayakan perkerja kesayangan cik Nad” nak termuntah. Statement tak boleh blah.
Statement nak mintak saya sakit jiwa ke? Kesayangan la sangat. Kerja yang tak memuaskan gaji kena tolak.” Ugut. Nak sangat bergurau dengan aku. 
“Cik Nad benda yang melibatkan gaji benda paling serious kot” pintu kaca Legand di tolak perlahan. Keadaan Legand dah cukup sesak. Norma dan Syukri masih leka menyusun bunga yang akan digunakan untuk majlis kahwin Fuad dan Hajar. Wedding planner. That my ‘cleaner’ job. Kerja bersihkan sisa cinta orang menjadi cinta abadi. Wah hiperbola ke apa?
Asif. Bercerita pasal dia, dia tu lelaki biasa je. Nak cakap hensem macam tak terluah. Bukan sebab hensem lah. Dia itu berdiri atas pagar. Antara hensem dan tidak. Dia memang biasa. Biasa la setiap orang tetap ada tarikan. Dia ini bila senyum boleh buat aku jadi air batu. Keras terpaku. Aku ini cepat lemah dengan senyuman.
Aku tersuka dekat dia pun sebab kes dia senyum kat aku. Lepas habis SPM aku kerja dekat kilang. Nak cari pengalaman la katakan. Dulu satu department kenal kami sebab kami pasangan hot yang suka buat masalah. Rindu masa budak-budak dulu. Kira gedik jugak lah aku. Terkejar-kejar dengan si Asif itu. Dah tahu Asif pemalu aku memang galak la aku kacau dia. Itu dulu. Pemalu dulu. Sekarang?

bersambung...

2 comments:

  1. Suka suka sukaaaa..... giler dingin asif nie kan... x sbr tgu time dia cair nnt... hehee

    ReplyDelete
  2. hihihi..tunggu jgn xtunggu..^^

    ReplyDelete