Encik Tinggi, I love you xD

Encik Tinggi, I love you! – Aimi Middleton

Pintu hadapan itu ditarik untuk menandakan waktu perniagaan sudah tamat. Aku mengemas dapur dan kaunter café tersayang, café titik peluh lapan orang sahabat iaitu Café Moon. Lemah sahaja langkahku. Kepala berat memikirkan hal yang telah terjadi petang tadi. Seakan semangatku dibawa sekali bersama insan yang baru sahaja pergi dari hidupku itu.

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang penuh duka
Kan ku hapus semua menjadi indah

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

Belum sempat lagu Nomad – Masih Menanti itu sampai ke penghujung nya, aku  merentap ‘earphone’ ku. Pemain mp3 itu dimatikan dan dihempas ke atas meja. Air mata  mula menitis. Lagu itu lah yang sering aku dengar suatu ketika dahulu. Lirik lagu itu seakan kena dengan apa yang aku rasakan.

Ahmad Rayyan. Ya, lelaki itu lah punca kesedihan, kemurunganku hari ini. “Sampai hati awak..” hati kecil aku menjerit sendiri. Air mata yang mengalir itu diseka namun deras arus mutiara jernih itu seakan tidak kenal erti berhenti dan akhirnya aku membiarkan diriku menangis sepuasnya didapur café itu.

Dua pasang mata tetap setia memandang ke arah sekujur tubuh itu dari tadi. Pelik melihat gelagat ‘adik’ mereka yang sentiasa ceria itu. Selalunya gadis itu lah yang menceriakan café moon, dia lah yang mengusik ‘kakak-kakaknya’ itu, dia lah yang sering bergurau berjenaka. Perhubungan mereka yang sangat rapat itu sudah boleh diumpamaka seperti hubungan kakak dan adik walaupun mereka berlapan hanya kawan. Entah dugaan apa yang menimpa dia, sehingga senyuman yang sentiasa melekat diwajah manis itu hilang direnggut duka.  Tak bermaya sahaja wajahnya. Hendak ditanya,  tidak berani pula. Sementalahan rakan mereka yang satu itu jarang bersedih, sudah pasti ada yang tidak kena dengannya. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam.


Terasa ada usapan lembut dibahu aku. Aku mendongak sedikit. “Kak Ary..” perlahan aku menyapa. “Kenapa ni, Aimi?” Kak Ary bertanya dengan nada prihatinnya seperti sedia kala. Kelihatan Kak Weeda juga mula mendekati dua gadis itu. “Are you okay?” pertanyaan itu keluar dari ulas bibir Kak Weeda.

“Yes, I’m okay..” namun seakan tidak bernyawa suara itu menuturkan kata. “I know you’re not. Cerita lah. Kenapa ni? Akak nampak lepas jumpa Encik Tinggi awak petang tadi, terus masam je. Selalu nya happy kalau dapat jumpa dia..” panjang lebar Kak Ary menutur bicaranya.

“Abang Rayyan.. Dia.. dah bertunang..” biar pendek aksara yang disusun dan dilantun oleh bibir ku, namun impak nya jelas tergambar diwajah kedua gadis itu. Senyap tak terkata. Terkejut dengan perkhabaran yang dibawa oleh aku.

“Aimi, I have a good news” Senyum manis lelaki itu tidak lekang sejak tiba di Café Moon. “What’s it?” Aku juga turut teruja untuk mendengar berita gembira yang membuatkan ‘Encik Tinggi’ ku ini gembira.

“Abang dah bertunang, Aimi! I’ll get married soon. I’m going to be a husband.” Dengan ceria dia memberitahu perkhabaran itu kepadaku. Aku tersentak. Bertunang? Kahwin? Dengan siapa? Bila? Namun segala pertanyaan itu hanya terkubur didalam hati.

Aku yang selama ini menyimpan rasa cinta dalam diam kepadanya. Sudah tiga tahun aku memendam rasa. Aku tidak mahu menghancurkan persahabatan kami. Aku takut hubungan kami sebagai sahabat akan terputus jika aku meluahkan apa yang aku rasa terhadapnya. “I’m a girl. I won’t ever make the first move..” Itu lah yang prinsip diriku.

Aku sangka perhatiannya terhadapku, layanan baiknya padaku itu tanda dia mula suka padaku. Namun, semuanya bukan seperti yang aku harapkan. Pilu dan kecewa aku simpan didalam hati. Sedaya upaya aku menyelindungkan lara dihati.

“Oh. Err. Tahniah. I’m happy for you.” Senyuman manis dihadiahkan kepada Ahmad Rayyan tanda aku gembira untuknya namun.. kelat rasanya. Entah bagaimana rupanya senyuman plastik aku itu. “Abang, Aimi ada kerja kat belakang. Nanti Aimi datang balik.” Namun sampai kesudah aku tidak keluar dari dapur sehinggalah dia pulang.

“Aimi.” Panggilan Kak Weeda mematikan lamunanku. “Hmm?” Aku menggumam sambil menyeka sisa-sisa air mata. “Akak tak sangka pulak pengakhirannya korang akan jadi macam ni.. Akak tau Aimi sayang sangat dekat dia. Tapi maybe you deserve someoe better than him. Who knows right, sayang?” pujuk Kak Weeda.

Or maybe he deserves someone better than me? Yelah. Aimi ni bukan baik sangat. Mana lah nak padan dengan dia yang ada degree dari Jordan tu..” pantas aku mencelah. Tak semudah itu rajuk dihati ini akan terpujuk.

“Sayang, awak tu tak ada kurangnya. Tak baiklah cakap macam tu.” Ujar Kak Ary. “Jom kita balik, dah lewat dah ni..” sambungnya lagi.


Hari-hari berlalu seperti sedia kala. Aku memujuk hati untuk tidak melayan sangat perasaan duka.

Aku banyak meluangkan masa bersama-sama geng café moon. Kak Weeda, Kak Ary, Kak Syima, Afie, Nad, Haziqah dan Kak Domi. Mereka lah yang banyak menghiburkan aku. Masa ku banyak diluangkan di café.

Panggilan telefon dan pesanan ringkas Abang Rayyan tidak satu pun aku hiraukan. Biar lah dia. Tidak aku mahu mengganggunya dan aku juga tidak mahu dia mencari aku lagi. Untuk apa aku dicari sedangkan bahagia dia sudah di depan mata.

“Untung lah orang tu, baru balik dating. Wuuuuu~” Seloroh Afie apabila ternampak Kak Syima dan suaminya, Saiful yang baru masuk ke café.

“Ha mula lah tu. Tak ada kerja lain. Menyakat je kerja nya ya Afie ni. Orang dating dengan husband lah,” balas Kak Syima sambil tersenyum.

“Ala Afie, jealous lettew.” Kak Domi pula menyakat Afie. Suasana di café agak lengang kerana ‘lunch hour’ baru sahaja tamat. Kak Weeda dan Kak Ary keluar menguruskan hal-hal penerbitan novel hasil karya mereka. “Dah jadi novelis dah kakak-kakak kita tu” Aku tersengih mendengar desis hati sendiri.

“Nad dengan Ziqah mana, akak?” Aku menyampuk. Tak lengkap rasanya jika kelapan-lapan orang kami  tidak berkumpul bersama. Iya lah. Kami rapat. Lucu Afie, prihatin Kak Weeda, penyayang Kak Ary, nakal Nad, baik Ziqah, loving Kak Syima dan caring Kak Domi benar-benar melengkapkan hari-hari ku.

“Nad dengan Ziqah keluar beli barang. Kan Aimi yang suruh tolong beli barang tadi. Nyanyuk!” Gurau Kak Domi. Amboi, ketawa sakan dia ya. Sempat lagi dia mengata aku. Namun gurauan seperti itu langsung tidak menjadi kudis antara mereka.

Bunyi lagu 22 -  Taylor Swift, nada handphone Aimi mematikan suara mereka. “Volume tu lain kali buat kasi pecah speaker tu,” jerit Afie. Aku hanya menjelir lidah lantas tertawa.
“Mama..” bisikku.
“Hello ma. Assalamualaikum.” Sapa aku. Suara mama dihujug talian ceria sahaja bunyi nya.
“Waalaikumussalam. Aimi, weekend ni balik rumah okay? Mama ada benda nak cerita.” Teruja sungguh ibunya yang berada di hujung talian sana.
“Aik, cerita je lah sekarang. Ala suspense je.” Rengekku.
“Tak boleh. Tak best cerita dalam handphone je. Kena face to face. Balik tau.” Pujuk ibunya itu lagi.
“Ye lah ye lah. Nanti orang balik. Okay. Take care. Assalamualaikum..” pamitku.
Kebetulan Nad dan Ziqah sudah pulang, aku memberitahu Nad hal itu. “Nad….” Meleret sahaja panggilanku itu.
“Haa nak apa? Ada lah tu kalau bunyi macam tu.” Bebel Nad yang sememangnya sudah kenal sangat dengan perangai ku itu. Aku hanya tersengih.
“Jom balik weekend ni nak?” ajak aku. Rumah orang tua Nad dan rumah orang tua ku terletak berdekatan. Selalunya kami akan pulang kekampung bersama-sama.
Nad mempamerkan riak wajah terkejutnya. “Hai, tak ada hujan tak ada ribut, tiba-tiba nak balik?” tanya Nad pelik.
“Entah mama aku tu. Dia suruh balik. Jom la jom la jom la, Nad..” pujukku lagi.
“Ye lah. Kau tuang minyak. Aku on jee.” Balas Nad beserta sengih dibibir.
“Cisssss. Sabar je lah Aimi hoi.” Aku memerli. “Okay, set.”


Hujung minggu itu aku pulang ke rumah. Khabar yang dinanti-nantikan akhirnya sampai ke pengetahuan aku juga. Sahabat baik mama ketika di sekolah dahulu ingin menjodohkan anak nya dengan aku. “Mama, I’m not ready yet to get married,” rungutku.
Mana mungkin aku ingin berkahwin dengan lelaki itu. Nama nya pun aku tak tahu. Namun, mama tak jemu-jemu memujuk. “Rugi kalau tak nak. Dia dah lah baik, educated, kerja bagus. Okay lah tu. Tak nak ke tengok mama happy..” Mama mula main tarik tali.
“Ha mula lah tu nak buat orang serba salah..” rungut ku lagi.
“Habis tu mama minta kahwin je pun..” Mama berseloroh.
“Kahwin je pun? Kahwin-je-pun?” balas aku.
“Mama berani guarantee yang Aimi takkan menyesal kalau setuju dengan apa yang mama dah plan ni. Just trust me.” Yakin sahaja bunyi mama nya itu. Kenal sangat kah dia dengan bakal suami aku tu. Bakal suami? Belum apa-apa dah mengaku bakal suami. Hee.
Akhirnya setelah berfikir masak-masak, aku bersetuju dengan rancangan mama. Rombongan meminang datang hujung minggu itu juga sementelahan ‘bakal suami’ku itu hanya tinggal di kawasan berdekatan sahaja. Sampai kesudah aku tidak mahu mengambil tahu apa-apa mengenai ‘dia’ yang bakal ku kahwini nanti. Namun ketika aku bersalaman dengan ibu lelaki itu ketika dia menyarungkan cincin pertunangan, aku maniskan jua muka dihadapan dia. Okay aje nampaknya. Supporting ;) “Cun lah dapat mak mertua macam ni.” Bisikku sendiri.
Berita pertunanganku sampai jua ketelinga geng CM. Puas aku memujuk kerana masing-masing merajuk kerana tidak dijemput ke majlis pertunanganku.
“Iyaa, nanti aku kahwin, aku bagi lah korang duduk dekat meja V-V-V-V-V-V-V-VIP nanti,” perli ku ketika Nad dan Afie masing-masing menarik muka masam merajuk.
“Taknak. Aku nak duduk atas pelamin sekali dengan kau.” Afie mula berlucu.
“Amboi amboi. Ha boleh je. Kau ganti aku nak?” Aku beriak serius namun tergelak apabila melihat muka Afie tercengang dengan soalan spontanku itu.
“Aimi, aimi dah fikir masak-masak?” Kak Ary mencelah.
“Hmm.” Aku mengangguk. Maybe ni yang terbaik untuk Aimi. Mungkin semua ni tak boleh nak bahagia kan hati Aimi, but at least Aimi boleh bahagiakan mama.” Sambungku lagi.
“Habis tu Encik Tinggi kau tu macam mana?” sampuk Nad.
“Macam tu lah. Macam mana lagi. Dia pun tengah tunggu hari bahagia dia..” keluhku.
“Ha Aimi. Kenapa Aimi taknak ambil tahu langsung pasal bakal suami Aimi tu?” Kak Weeda menukar topik bila melihat raut suram aku.
“Entah. Biar lah. Surprise sikit atas pelamin nanti,” selorohku.
Surprise kepala lutut kau, Aimi.” Nad menghadiahkan cubitan di lenganku. Aku hanya tertawa. Entah, aku juga tiada jawapan untuk itu.
“Betul ke aku nak kahwin. Betul ke aku dah lupakan Abang Rayyan. Betul ke aku boleh lepaskan dia dan hidup dengan orang lain. Betul ke aku sanggup tengok dia bahagia dengan perempuan lain.” Persoalan ini betul-betul mengganggu aku menjelang hari pernikahanku.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Aku masih bersiap didalam bilik. Bersolek. Jangan tak tahu, pengantin ni bersolek sendiri je. Tak ada makeup artist. Aku menginginkan solekan yang simple dan natural. Sepersalinan baju pengantin yang berwarna putih dan berlace pink tersarung indah di tubuhku.
Pelamin di ruang tamu rumah baru sahaja selesai disiapkan malam tadi. Geng CM lah yang ‘mengerjakannya’. Syukur ada mereka bertujuh. Banyak yang dibantu oleh mereka. Warna pink dan purple sebagai tema perkahwinanku. Jam menunjukkan pukul satu tengah hari. Bila-bila sahaja rombongan pengantin lelaki akan tiba. Debar dihati usah ditanya.
“Nad, aku takut la..” rengekku. “Kau nak takut apa?” tanya nya polos. “Aku takut.. aku takut laki aku tu tak handsome..” Aku tergelak. Kelakar mendengar ayat yang terkeluar dari mulutku sendiri.
“Ngekkkk.” Suara gelak tawa kami mengisi ruang bilik pengantin. Pintu bilik diketuk. “Pengantin dah sampai..“ muka mama terjengah di pintu bilik. Afie keluar sebentar sebelum kembali masuk, “Muka dia macam muka Randy Pangalila kau tau tak?” tutur Afie bersama muka terujanya. “Serius?” Aku menayang muka tak percaya. Faham-faham je lah kan. Peminat fanatik Randy Pangalila ni -,-‘’ Mereka semua kembali tertawa.
“Cis kejam gila kenakan aku.” Rungutku. Sempat lagi aku da Afie bertepuk tampar didalam bilik itu. “Tengok tu dah nak jadi bini orang pun perangan macam budak-budak lagi. Dah, jom lah keluar.” Ajak Kak Ary.
Bersama rasa debar yang sarat didada, langkah diatur menuju ke ruang tamu dimana acara pernikahan akan dilangsungkan. Aku cuba untuk cari wajah lelaki itu, namun terselindung kerana dia berada ditengah-tengah sana.
Suara kadi kedengaran, “Aku nikahkan dikau…”
Suara itu tidak berbutir lantaran aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada majlis itu. Fikiran aku menerawang memikirkan seseorang. Aku pejam mata. “Abang Rayyan,” desis ku dalam hati. Entah mengapa nama itu juga yang ku seru. “Ya Allah, kuat kan hati ini..”
“Aku terima nikahnya, Aimi Syafiqah Suhaimi dengan mas kahwin seratus ringgit tunai..” Sejurus selepas itu kami mengaminkan doa yang dibaca. Aku masih lagi di alam khayal.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Bila kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu
Kuungkapkan kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..

Aku tersedar. Suara itu. Lelaki itu bangun menuju ke arah ku. “Ya Allah, apa ini hanya mimpi atau realiti?” Senyuman itu. Senyuman yang aku rindu. Ya, dia di hadapanku. Ahmad Rayyan. Aku hanya kaku. Tidak bersuara dan tidak juga tersenyum. Senyap sahaja mengikut apa yang disuruh oleh mereka disekelilingku.

Dipegang tanganku. Sarung cincin di jari manisku. “Sentuhan pertama, Ya Allah manisnya..”

Dia kucup dahiku. “Kucupan pertama, Ya Allah indahnya..”

“I love you so much, sayang..” Ku dengar bisiknya. “ I love you pertama, Ya Allah sweetnya..”

Entah dari mana aku dapat kekuatan, aku mula bersuara. “Apa semua ni, abang?” tanya ku namun dalam nada serius bukan seperti selalu. Rayyan kelihatan terkejut. Dia memimpin tanganku keluar. Kami berbicara.
“Aimi, I’m so sorry. Hari tu, mak abang cakap nak kahwinkan abang dengan anak kawan dia. Abang tak nak. But then, dia tunjuk gambar anak kawan dia tu dekat abang. It’s you. Tobat lah abang nak. Abang saja je nak menyakat Aimi masa dekat café hari tu. Tengok-tengok Aimi merajuk betul-betul. Tak layan abang langsung. Memang frust menonggeng lah ye?” Dalam nada pujuk, sempat lagi dia mengusikku.
Aku hanya membisu. “Marah ke? Sorry lah, Aimi. Sorry k. Abang dah lama tau suka Aimi. But then, abang tak nak bercinta, tak nak in a relationship. That is soooooo not my style sayang.. Kalau bercinta lepas kahwin kan lagi sweet..” Sudah dua kali perkataan sayang itu meluncur laju keluar dari bibirnya.
“Abang ni jahat la. Sampai hati buat Aimi macam ni.”  Air mata aku menitis. Entah apa yang hendak aku sedihkan. Sepatutnya aku gembira, kerana akhirnya aku dapat bersama dia, insan yang aku impi-impikan selama ini.
“Tu lah. Tak nak ambil tahu sangat pasal wedding kita sampai pengantin lelaki nya pun tak tahu siapa.” Usik Ahmad Rayyan sambil mengesat air mataku.
“Mana lah orang tau ni wedding kita berdua. Dah hari tu kata dah bertunang dah kan..” Balasku meleret lantas menjelir lidah tanda mengejek. Rayyan hanya tertawa melihat telatahku.
Ya Allah, kau kekalkanlah kebahagiaan ini. Terima kasih atas segalanya.
“Woi, tak habis lagi ke bercinta nya? Kitorang penat dah ni tunggu nak snap gambar” kedengaran suara Ziqah mengusik. “Nak bercinta, sambung malam karang okay?” Selamba sahaja Afie menyambung.

“Eee muka blushing dah.” Usik Rayyan. “Mana adaaaa..” lantas aku memaut lengannya untuk masuk ke dalam rumah. Encik Tinggi, I love you! XD

P/s: Pelik pulak rasa buat cerita, watak nama sendiri. Hehe. Cerita ni clise right? Entah tak ada idea dah :( Jom lah comment :) Toodles :)