SAAT CINTA BERSATU



“ Moga kau berbahagia disamping insan yang menjadi suri hatimu Afgan. Sudah ditakdirkan tiada jodoh antara kita, tak mengapalah. Mungkin ada insan yang jauh lebih baik untukku. Hu hu,” ujarku bersama sendu yang tidak dapat ku tahan lagi.

“ Opocot, mak hang hantu.” Spontan aku mengalihkan pandangan apabila terdengar suara latahan seseorang.

Lantas segera aku mengesat mutiara jernih yang mengalir dipipiku. Terasa pijar mukaku apabila memikirkan suara yang mengaduh itu mungkin  terkena batu yang aku baling sebentar tadi.

“ Siapa tu?” soalku sambil mata melingas mencari suara tadi.

“ Huh! Awak buat apa sorang-sorang dekat sini? Mujur saya tak ada sakit jantung. Kalau tidak jalan dah tadi,” ujar jejaka itu sinis.

Aku mengetap bibir. Tidak tahu reaksi yang bagaimana ingin aku pamerkan kepada jejaka itu. Sungguh! Langsung aku tidak sedar ada orang di balik pohon yang besar gedabak di hadapanku itu. Aku menelan liur yang terasa pahit saat melihat jejaka itu sedang menghampiriku.

‘ Macam mana la aku boleh tak perasan ada orang di balik pohon tu?Adui! Ni semua fasal ingatkan Afgan la ni. Tulah sibuk lagi ingatkanAfgan tu buat apa? Suami orang kot. Jangan jadi bodohlah Nurul.’ kutukku pada diri sendiri.

“ Err… kenapa awak duduk dekat sini? Fasal apa awak tak duduk dalam?” soal jejaka yang boleh dikategorikan macho dihadapanku itu.

                                                         HAIKAL NUQMAN


Agak over tak kalau aku katakan wajah jejaka dihadapanku ini mirip sekali seperti pelakon Filiphine kesukaan Syima, sahabatku yang begitu meminati Jericho Rosales itu. Tapi yang ni versi Malaysia lah. He he. Korang bayangkan sendiri bertapa kacaknya dia ye, Hu hu.

“ Tak ada apa. Saja ambil angin luar. Malas duduk didalam. Rimas. Ramai sangat orang,” bohongku pula.

“ Ye ke? Atau ada sebab lain?” tebak jejaka dihadapanku itu.
Aku memeluk tubuh seraya melepaskan keluhan panjang. Entah mengapa aku merasa sangat memerlukan seseorang yang boleh mendengar luahan hatiku, lalu tanpa ragu aku menceritakan mengapa dan atas tujuan apa aku disitu.

                                             NURUL WAHIDA


“ Dia.. dia kekasih saya. Katanya mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Tapi entah kenapa hati saya enggan untuk menerima semua kata-katanya. Tambahan pula bila melihat segaris senyuman yang terukir dibibirnya,” terangku  lantas aku tundukkan wajah sembunyikan kegelisahan hati.

Aku berpaling saat mendengar keluhan kecil yang terbit dibibir ‘ Jericho Rosales Malaysia’ itu.

“ Nasib kita serupa.” Aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

“ Serupa? Maksudnya? Soalku sedikit blurr. Ha, kalau penyakit ‘blurr’ aku dah datang memang pening lah. Aryssa selalu mengeluh akan sikap blurrku itu. Hu hu.

“ Jadi yang berkahwin tu kekasih awak? Soalan berbalas soalan. Ahu hanya mengangguk kecil.

“ Ya. Eh! Pembetulan. Ex-boyfriend. awak pula? Kenapa tak masuk di dalam? Mengapa duduk di luar? “ soalku ingin tahu.

“ Kekasih, eh bekas kekasih awak tu sebenarnya kahwin dengan bekas ‘tunang’ saya,” ujar jejaka itu, membuatkan mulutku sedikit melopong.

“ Kenapa.. err.. kenapa awak putus dengan dia? Maaf andai saya bertanya soalan yang agak sensitif bagi awak.” Suaraku sedikit teragak-agak.

Aneh! Aku tidak mengenali dia, namun entah angin apa yang merasukku, membuatkan aku selesa untuk terus berbicara dengan jejaka ini. Langsung aku lupa pada sahabat-sahabat Cafe Moon. Aku memberi ruang untuk  jejaka itu melabuhkan punggung di sebelahku.

“ Sebulan sebelum kami nikah Syila minta putus. Katanya ibu dia, sebenarnya tak restu hubungan kami. Dan ibu dia minta putuskan hubungan kami adalah kerana Afgan.” Aku tersentak bila mendengar nama Afgan yang meniti di bibir jejaka itu.

Setelah lama berjeda jejaka itu menyambung kembali katanya.

“ Mama Afgan melamar Syila untuk disatukan dengan Afgan. Tapi selepas mama Afgan tahu Syila 
dah bertunang pelbagai usaha dilakukan untuk pisahkan saya dan Syila, termasuklah menyebarkan fitnah yang mengatakan saya menghamilkan wanita lain. Dan yang memilukan saya ialah Syila percaya bulat-bulat akan fitnah itu. Sedangkan dia tahu saya bagaimana orangnya. Sedikit pun saya tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dia, jadi bagaimana dia tergamak percaya akan perkara itu? Tapi tak mengapa ini ujian buat saya.” Aku menutup mulut. Sungguh! Aku tidak menyangka sebegitu teruknya sikap mertua tak jadiku itu.

‘ Choi! Nasib baik tak jadi mertua aku. Kalau tak merana hidup.” Aku tersenyum mendengar suara hatiku.

“ Awak ok tak? Tiba-tiba senyum sorang ni kenapa? Macam menang loteri je,” seloroh jejaka itu, sangat menyenangkan hatiku.

“ Sadis kisah awak kan? Pasti awak sangat cintakan Syila. Rugilah Syila kerana melepaskan awak. Kerana biarpun saya tak kenal awak, tapi hati saya yakin bahawa awak adalah jejaka yang baik,” cair hati aku bila melihat senyuman menggoda dari si jejaka.

“ Dah nasib saya. Tapi saya yakin akan hadir seorang wanita yang ikhlas sayangkan saya tapi mungkin bukan sekarang. Oh, ya. Lupa pula. Nama saya Haikal Nuqman. Awak boleh panggil saya Nuq.. err panggil saya Nuqman,” ujar Nuqman lantas melirik pandang wajahku.

“ Oh, Nuqman. Nice name.” pujiku ikhlas.

Thanks, err kalau awak nak tahu, sebenarnya Syila adalah pilihan keluarga saya. Tapi yelah ibu Syila tu sebenarnya jenis yang gilakan kemewahan. Mungkin kerana dia rasa saya tak mampu bahagiakan Syila kerana itu dia mahu saya melepaskan Syila. Tapi saya tidak berdendam pun dengan Syila mahupun ibunya. Saya tahu ini takdir saya,” ujar Nuqman lantas tersenyum melihat Taman Permainan kanak-kanak yang luas itu.

“ Seronok kalau ada anak-anak kan? Boleh tengok keletah mereka sambil bermain dengan permainan yang ada di taman ni.” Aku tersenyum mendengar bicara Nuqman. Terasa nada yang dituturkan sangat lucu.

Kekasih yang dulu hilang
kini dia telah kembali pulang

Segera aku capai handfhone Sony Experia Go yang diletakkan didalam tas tangan. Lalu aku melihat gerangan si pemanggil. Aku tersenyum melihat nama ‘ Aryssa Cafe Moon’ yang terpampang di skrin. Segera aku menekan butang slide untuk menjawab panggilan itu.

“ Assalamualaikum, Kak Weeda kat mana ni? Puas Ary cari tau. Bebudak cm pun duk cari akak. Takut akak kena culik pula,” sempat lagi Ary berseloroh.

Panggilan Weeda atau Weed hanya digunakan khas buat sahabat-sahabat Cafe Moonku, bukan aku tidak mahu mereka memanggilku dengan nama Nurul namun Aryssa lah yang beriya ingin memanggil nama Weeda, katanya lebih mesra. Lalu ku biarkan saja, kerana aku juga selesa begitu. Hu hu.

“ Waalaikumsalam. Kalau kena culik dengan jejaka tampan apa salahnya?” balasku pula tidak mahu mengalah.

“ Amboi kak. Terjumpa mamat macho ke kat Taman tu?” Usai Aryssa menyoal aku menghamburkan tawa.

Namun saat mataku bertentang mata Nuqman serta merta membuatkan tawaku mati. Pandangan mata Nuqman sungguh menikam hatiku. Mahu cair aku kalau terus direnung oleh sepasang mata yang redup milik Nuqman itu.

“ Kak Weed, jom balik cafe. Tadi Aimi kata Afie mengamuk kat Cafe,” laung Domi Nisa lalu aku menjauhkan sedikit telefon dari telinga. Bingit benar rasanya mendengar laungan Domi Nisa yang terkenal dengan sikap suka menjerit itu.

“ Ok, akak gerak sekarang, Domi dengan Syima pergi Cafe dulu. Akak pergi Cafe dengan Ary je kejap lagi,” ujarku lantas aku mengatur langkah ingin meninggalkan Nuqman.

“ Er.. awak.” Aku berpaling apabila mendengar Nuqman menyeru namaku.

“ Awak ada hutang dengan saya. Sebab awak dah tahu nama saya, tapi saya masih belum tahu nama awak,” ujar Nuqman bersahaja membuatkan aku memuji sikapnya yang ku rasakan sedikit berani itu.

Aku berkira-kira untuk memberitahu atau tidak. Namun setelah difikirkan aku akhirnya memberitahu namaku.

“ Nurul. Nama saya Nurul Wahida. Awak boleh panggil saya Nurul je,” usai berkata aku menghayun langkah meninggalkan Nuqman bersama kenangan yang tidak mungkin aku lupakan.

Cafe Moon


“ Ya  ALLAH, apa dah jadi ni? Afie kenapa Cafe jadi macam ni? Bersepah macam tongkang pecah ni kenapa?” Soalku apabila melihat serpihan kaca yang bersepah di atas  lantai.

“ Afie benci dia Kak Weeda. Benci sangat,” ujar Afie tiba-tiba lantas memeluk tubuhku.

“ Benci? Siapa pula yang Afie benci ni?” tanyaku lembut sambil mengusap belakang badan Afie.

“ Entah Afie ni. Kalau bencikan orang sekali pun janganlah sampai rosakkan harta benda Cafe. Ingat murah ke barang-barang Cafe ni. Ei, geram aku.” Bebel Aryssa.

Nadia, Domi, Syima, Aimi serta Haziqah hanya memerhati dari jauh. Diam menikus sahaja.

“ Afie, kenapa ni sayang? Ce story dengan akak. Kawan-kawan lain pun nak dengar,” pujukku lantas aku menarik tangan Afie mendekati meja. Aku mengarahkan Syima untuk membalikkan papan ‘open’ kepada ‘close’ yang tergantung di pintu masuk itu.

Aku duduk disebelah kiri Afie, manakala Aryssa mengambil tempat disebelah kananku. Kami duduk membentuk bulatan. Beginilah rutin kami seandainya salah seorang dari kami mempunyai masalah, pasti kami akan berkumpul untuk menyelesaikan masalah itu bersama-sama. Tapi masalah yang tidak terlalu peribadilah.

“ Kak Weed, dan semua geng CM macam ni sebenarnya kisahnya. Sebenarnya ada orang masuk minang Afie. Mak pula terus je setuju tanpa tanya Afie. Then tadi dia datang Cafe. Ya ALLAH kak, betapa sakitnya hati Afie,” ujar Afie sambil menggengam tanganku.

“ Sakit hati kenapa?” soal Nadia dan Haziqah serentak.

Domi, Aimi serta Aryssa sudah menongkat dagu. Jelas riak ingin tahu cerita selanjutnya di wajah mereka itu. Syima pula aku lihat tenang-tenang sahaja.

“ Macam ni, rupanya mamat yang masuk minang Afie tu musuh Afie waktu sekolah dulu. Then dia tu selalu kutuk Afie tau. Ei, bencilah Afie. Kak Weed dan Kak Ary takde ke cara nak tolak peminangan mamat sengal tu? Please Afie tak sanggup hidup dengan mamat sengal tu,” rengek Afie.

“ Tapi kan mak Afie dah terima, macam mana nak tolak?” tanya Syima yang sedari dari menjadi pendengar setia.

“ Ha, Kak Domi ada idea,” ujar Domi lantas kami semua memandang tepat wajah ayu Domi Nisa.

“ Apa dia?” soal Syima dan Aryssa serentak.

“ Domi rasa kawan Domi tu boleh tolong. Dia pakar bab-bab menyamar ni,” tutur Domi membuatkan Afie menyimpul senyum.

“ Siapa tu Kak Domi? Afie kenal ke? Nak menyamar sebagai apa? Kekasih Afie ke?” soal Afie bertalu-talu.

“ Uit, budak ni tak menyempat betul,” seloroh Domi membuatkan Cafe Moon gamat dengan gelak tawa kami. Nasib baik Cafe agak jauh dari kedai-kedai lain, kalau tidak pasti hairan orang yang mendengar gelak tawa kami, nak pula si Ziqa tu, ketawa tak ingat dunia. Hu hu.

Lantas tidak semena fikiranku menerawang teringatkan Nuqman yang tidak sampai 2jam tempoh perkenalanku, tapi entah mengapa wajah dan juga senyumannya bagaikan melekat di mindaku seperti enggan dinyah pergi.

“ Kak Weeda, kak. Cis! Ni berangan ingatkan si Afgan tak guna tu ke? Kak!” Aku tersedar dari lamunan  saat Haziqah menjerit kecil di telinga comelku. Ceh! Perasan je aku kan? Tapi sekali sekala apa salahnya kan? He he.

“ Ziqa!” Aku membulatkan mata memandang  wajah selamba yang dipamerkan Haziqah. Terasa ingin saja aku mencekik lehernya, suka hati je jerit kat telinga aku huh!

‘ Geram benar aku dengan Ziqa ni. Sakit hati den tau. Ada lori ada bas. Ada hari aku balas.’ Getusku dalam hati.

“ Akak tak apa-apa ke? Ary tengok dari dalam kereta lagi akak banyak termenung je. Akak masih ingatkan Afgan?” soal Aryssa prihatin.

Antara geng Cafe Moon yang lain yang paling rapat denganku adalah Aryssa dan juga Syima. Bukannya aku tidak rapat dengan geng yang lain, namun tidak semua masalah aku ceritakan pada mereka melainkan Aryssa dan juga Syima.

“ Akak ok. Don’t worry,” ujarku lantas mengukir senyum pada Aryssa.

“ Macam mana cadangan Kak Domi tadi? Ok tak KakWeed?” soal Aimi yang duduk di sebelah kiri Afie.

“ Cadangan apa Aimi? Domi? Maaf, akak terberangan tadi,” ujarku seraya mempamerkan senyuman manis tanpa gula.

“ Kak Weeda ingatkan si Afgan lagi la tu kan?” ujar Haziqah sinis. Namun aku malas mahu mengulas panjang.

“ Kak Weed, penat Domi bebel tadi tau! Huh, geram betul la.”marah Domi Nisa akan sikap acuh tidak acuhku.

“ Ala, maaf la. Akak teringatkan seseorang. Opps!” Aku mengetap bibir saat sedar aku sudah terlajak 
kata.

‘ Habislah aku. Dah la Ziqa dengan si Nad ni soal siasat mengalahkan polis pencen. Aduh! Aimi tu 
pula tersengih-sengih macam kerang busuk. Ha tu belum lagi wartawan sensasi si Domi dengan Syima, tambah pula si Ary pemberita tak bertauliah tu. Ha lupa pula si Krew hebat Cafe Moon, tak lain tak bukan si Afie tu la. Masak aku macam ni. Weeda fikir jalan nak selamatkan diri dari kena soal siasat oleh diorang. Aduh! Time macam ni la otak nak jammed bagai. Huh! Tension aku.’ Dengusku didalam hati.

Hehe.. Aku melihat senyuman yang terukir di bibir mereka. Lantas aku cuba mencari alasan sebaik mungkin. Alasan untuk mengelak sebenarnya.

“ Err, akak..akak pi kemas dapurlah ya. Bersepah si Afie ni buat. Ha cadangan Domi tu akak setuju je walau tak tahu hujung pangkal. Akak ok je,” ujarku seraya bingkas ingin mengelak dari soalan mereka yang mengalahkan peluru berpandu itu.

Belum sempat aku mengatur langkah aku mendengar Aimi menyeru namaku.

“ Kak Weed sayang, nak pergi mana? Kami nak tahu ni. He he. Jangan nak guna taktik untuk mengelak ok!” tegas kedengaran suara Aimi sambil mengetuk-ngetuk meja.

Aku melabuhkan punggung semula apabila mendengar bicara Aimi sebentar tadi. Sempat aku lihat senyuman yang terukir di bibir Aimi dan juga Afie. Huh! Kalau tak memaksa tak sah agaknya.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa lihat
Selain hanya namamu ya ALLAH

Domi mencapai telefonnya lalu dijawab panggilan itu.

“ Wei, Fiz kau datang Cafe Moon sekarang. Ada benda penting aku nak bincang. Ok. Assalamualaikum.” Tidak sampai 5 minit Domi sudah menamatkan panggilan.

“ Siapa call Domi?” soalku sejurus melihat Domi meletakkan telefon diatas meja.

“ Kawan yang Domi maksudkan, yang boleh bantu selesaikan masalah Afie,”ujar Domi Nisa.

“ Erm, Kak Domi. Thanks berdebar pula Afie rasa sekarang. Macam nak pecah jantung Afie ni,” tutur Afie ceria. Memikirkan sebentar saja lagi masalahnya akan selesai.

“ He he.. Rilex dik. Ha tu pun Hafiz,” ujar Domi lantas bingkas bangun untuk mendapatkan rakannya itu.

Usai melabuhkan punggung Domi menceritakan masalah Afie untuk memudahkan Hafiz memberikan bantuan.

“ Oh, kalau macam tu kau nak suruh aku menyamar jadi kekasih Afie la ni?” soal Hafiz seraya memandang Domi dan Afie silih berganti.

“ Kalau awak tak kisah. Tapi kalau awak tak boleh tolong tak mengapalah,” perlahan Afie menutur kata, seolah berjauh hati.

“ Boleh, tapi untuk nampak real yang kita ni couple awak kena biasakan diri panggil saya dengan panggilan yang lebih mesra,” ujar Hafiz sambil mempamerkan wajah selamba.

                                              **************************


“ Tahniah Aimi. Memang layak pun blog Aimi tu masuk dalam majalah Remaja. Sebab cantik. Dan lagi satu akak ucapkan tahniah juga kerana tak lama lagi Aimi dan Encik Tinggi akan bersatu,” ujarku bangga kerana salah seorang rakan CM akan menamatkan zaman bujangnya.

“ Terima kasih Kak Weed. Insya-ALLAH satu hari nanti Kak Weed pun akan jumpa jejaka yang baik. Ingat lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,” sempat Aimi menasihatiku, lalu aku memeluk tubuh tinggi lampai Aimi.

“ Ha, bagus pun Kak Weed dan Aimi ada kat sini. Jom kita berkumpul. Ada gossip baru.” Aku membulatkan mata mendengar suara ceria Aryssa. Entah lah aku rasa berlainan benar Aryssa hari ni, seolah-olah ada perkara yang begitu menggembirakannya.

 “ Erm, bagus pun semua ada sini. Ziqa meh duduk dekat akak. Nanti takut tak percaya pula dengan apa yang akan akak cakapkan,” ujar Aryssa lantas tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya itu.

“ Ok, Ary minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari korang. Dan apa yang Ary nak cakapkan ni harap tiada bantahan,” Aryssa masih bermain dengan katanya.

“ Apa yang Ary nak cakapkan ni?” tanya Syima hairan dengan nada suara Aryssa yang lain dari kebiasaannya.

Aryssa menelan liur. Lalu dia memandang wajahku seolah meminta kekuatan. Aku mengganguk kepala dan terus jemarinya ku genggam.

“ Ary nak kahwin. Kalau ada jodoh insya-ALLAH tahun depan. Ary tak bertunang, tapi terus nikah je,” tutur Aryssa tenang lantas menarik nafas lega kerana apa yang dipendamkan telah terlerai.

“ Ha! Apa? Kak Ary nak kahwin? Biar betul. Asal kitorang tak tahu?” soal Aimi, Afie dan Haziqah serentak.

Memandangkan Aryssa terlebih dahulu memberitahuku tidaklah aku terkejut sangat. Aku memandang wajah terkejut mereka. Hampir aku meledakkan tawa apabila menatap wajah terkejut beruk Haziqah. Agaknya beruk pun tak terkejut macam tu.

“ Ary tahu korang terkejut. Tapi Ary rasa dah masanya Ary serius dengan dia. Jujur Ary kata dia sangat baik. Dan Ary juga doakan agar korang bertemu jodoh yang baik-baik.” Ujar Aryssa lantas tersenyum pada Haziqah.

“ Tapi kenapa drastik sangat?” tanya Nadia tidak puas hati.

“ Nad, soal jodoh ni kita tak boleh elak kan?” sengaja aku melemparkan pertanyaan itu dan berharap mereka tidak lagi bertanya apa-apa.

“ Tapi..” Pantas aku mencelah saat Nadia ingin berkata.

“ Kita sepatutnya tumpang bahagia dan gembira buat Ary, kerana Ary akan hidup berteman, walau siapa pun pilihan Ary kita kena hormat. Begitu juga Aimi, kerana Aimi akhirnya akan bersatu dengan Encik Tingginya. Korang tak kata apa pun bila Aimi suarakan yang dia akan tamatkan zaman bujangnya, kenapa pula bila Ary suarakan yang dia ingin kahwin korang soal macam-macam? Apa pun kita doakan yang terbaik buat Ary dan juga Aimi ok!” ujarku panjang lebar.

Ting Ting!

Aku menoleh saat mendengar bunyi loceng menandakan ada orang masuk ke Cafe. Lantas aku meloretkan senyum buat Nuqman.

“ Ya, nak minum apa?” soalku ceria.

Nuqman tersenyum memandangku. Terpaku aku seketika menatap Nuqman yang sangat tampan didalam pakaian kasualnya. Walaupun hanya memakai T-Shirt berkolar berwarna biru dan berseluar jeans namun tetap mempamerkan kekacakannya.

Hot chocolate satu,” pesan Nuqman.

Aku mencatat pesanan Nuqman lalu mengatur langkah ingin ke dapur. Aryssa mnengekori lantas berdehem kecil.

Ehemm

Aku menoleh saat mendengar suara deheman itu. Lalu aku mengukir senyum pada Aryssa.

“ Kenapa ni? Monyok je. Tadi ceria je? Ada masalah ke? Soalku prihatin.

“ Ary takut geng Cm pulaukan Ary nanti,” ujar Aryssa lalu segera aku menoleh padanya.

“ Kenapa pula? Pasal tadi tu Ary jangan fikirkan sangat. Diorang cuma terkejut je. Yela tiba-tiba je Ary kata soal kahwin kan, dah la Ary jangan risau soal tu lagi, percayalah kami semua cuma mahukan yang terbaik buat Ary,” Aryssa segera memeluk tubuhku saat aku menghabiskan ayat terakhirku.

“ Ary sayang akak, sayang sangat. Walaupun kita tiada talian darah tapi Ary anggap akak macam akak kandung Ary, akak terlalu baik. Afgan tu rugi lepaskan insan sebaik akak.” Aku hanya berpura tenang saat nama Afgan meluncur laju dari bibir Aryssa.

“ Oh ya akak kenal ke dengan mamat handsome kat luar tu?” soal Aryssa.

“ Kenal. Dia la yang akak jumpa waktu kenduri Afgan. Tak sangka pula dia datang kat Cafe ni,”ujarku lalu segera membancuh hot chocolate  pesanan Nuqman.

Aku mengatur langkah perlahan saat kaki menghampiri meja yang sedang diduduki Nuqman itu.

“ Nurul temankan Nuqman boleh?” pinta Nuqman. Aku melabuhkan punggung dihadapannya. Terasa terhenti degupan jantungku dengan permintaan Nuqman itu.

‘ Aduhai cik hati kenapa pula duk debar ni? Rasa macam baru lepas lari rentas desa je. Hu hu,’ omelku sendirian.

“ Err, Nurul kerja sini atau Cafe ni Nurul yang punya?” soal Nuqman memulakan bicara.

“ Cafe atas perkongsian kami bersama. Kami lah kuli kami lah bos,” selorohku menutup debaran dihati.

“ Oh, yeke? Baru buka ke Cafe ni? Sebab sebelum ni tak perasan pula Cafe ni. Tapi ada kawan suggest tuk try menu disini, then saya saja nak cuba. Dan kebetulan terindah buat saya adalah jumpa semula dengan awak,” ujar nuqman lalu mengenyitkan mata padaku.

“ Yup baru buka,” ujarku lantas aku larikan pandangan ke wajah Haziqah dan Aryssa yang tersenyum penuh makna padaku.

‘ Adui, bebudak ni confirm aku jadi artis meletop kejap lagi,’ getusku dalam hati.
Aku tersenyum kepada Hafiz saat terlihat kelibatnya lalu dihadapanku. Segera aku tatap wajah Afie yang sudah mula memerah saat Hafiz mendekatinya. Siapa sangka Hafiz yang dulunya menyamar menjadi kekasih Afie kini benar-benar telah menjadi kekasihnya di alam realiti. Rupa-rupanya selama tempoh penyamaran Hafiz itu telahpun memikat hati Afie. Kami langsung tidak menyangka bahawa sebenarnya saat pertama kali Hafiz tatap wajah Afie saat itu hatinya benar-benar terpaut pada Afie. Dan aku tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Afie.


“ Assalamualaikum, sayang.” Sapa Hafiz sebaik mendekati Afie.

“ Waalaikumsalam,” sahut Domi Nisa yang berdiri tidak jauh dari Afie itu.

“ Eh, sibuklah kau, aku bagi salam pada Afie. Bukan kau,” Hafiz pura-pura marah.

“ Eh, suka hatilah. Memandangkan aku ada dengan Afie, aku jawablah salam kau bagi pihak Afie,” sengaja Domi mencipta suasana agar gempak.

“ Nurul,” Aku menoleh saat Nuqman menyeru namaku.

“ Ya, Nuqman panggil saya ke? Kenapa?” tanyaku, sempat aku melirikkan mata memandang wajah tampan Nuqman.

“ Err.. err kalau Nurul tak busy boleh tak kita.. err lunch sama,” pinta Nuqman penuh mengharap.

Aku tergamam seketika dengan permintaan Nuqman. Lantas aku berfikir sama ada mahu menerima pelawaannya ataupun biarkan sepi sahaja. Separuh hatiku mendesak agar aku menerima sahaja, namun separuh hati lagi berbisik agar berhati-hati memandangkan aku tidak mengenalinya. Zaman sekarang bukan boleh percaya, nampak sahaja rupa macam orang baik tapi sebenarnya penyangak.

“ Err, kalau tak boleh tak apa, tapi kalau Nurul ubah fikiran sudilah kiranya Nurul hubungi saya, ni kad nama saya. I have to go. Assalamualaikum.” Aku menghantar pandangan sehinggalah kelibat Nuqman menjauh.

Aku mengeluh kecil lantas segera aku capai kad nama yang Nuqman tinggalkan diatas meja. Aku mengerutkan dahi apabila melihat sekeping kad berwarna putih yang terselit diatas kad nama yang diberikan oleh Nuqman itu. Lalu aku baca sabaris ayat yang terdapat didalam kad itu.

‘ Saat kau hadir aku tahu kaulah penyeri hidupku – Nuqman

Aku cuba mencerakin akan makna di sebalik kata-kata itu. Namun otakku langsung tidak dapat memproses akan makna itu.

“ Hah!” Terpelanting kad yang sedari tadi aku gengam saat Haziqh menyergahku dari arah belakang.

“ Ziqa!!” Aku menjerit kecil. Umur sudah menjangkau angka 20 pun perangai macam budak-budak lagi. Huh!

“ Bagi salam dulu boleh tak? Huh! Kalau ada sakit jantung dah lama jalan tau!” marahku akan sikap kebudak-budakan Haziqah.

“ Ala, akak tu. Dah panggil banyak kali pun tak dengar juga,” Haziqah mencebikkan bibir lalu dia menunduk untuk mengambil kad yang terjatuh tadi.

“ Apa maknanya ni? Nuqman? Siapa Nuqman? Ha.. pakwe handsome tadi tu yang bagi erk?” provok Haziqah.

“ Eh! Entah tak kenal. Ada orang tertinggal kot.” Bohongku lantas aku menyibukkan diri mengemas meja yang ditinggalkan Nuqman sebentar tadi.

“ Yeke tak kenal? Ni siap ada kad nama pula tu. Pun nama Nuqman. Ha baik akak jujur,” provok Haziqah lagi sambil menyiku lenganku.

“ Ish! Sibuk lah. Ya Nuqman tu jejaka handsome yang muka ala-ala Jericho Rosales tu, ha puas hati.” Ujarku geram.


Aku mengetap bibir apabila mendengar suara ketawa Haziqah. Lantas aku segera mengatur langkah ingin kedapur untuk mencuci cawan kotor, namun sempat Haziqah menarik tanganku.

“ Akak ada masalah? Macam nak mengelak je. Kenapa? Ziqa ada buat salah ke? Atau Ziqa buat akak marah? Maaf lah Ziqa ni kadang gurau kasar, maaf kak,” Haziqah meminta maaf sambil membuat muka seposen.

Aku terus mengatur langkah ke dapur sebaik sahaja menyimpan kad dan juga kad nama yang diberi oleh Nuqman. Haziqah mengekoriku dari tadi, lantas aku menjeling sekilas ke arahnya.

“ Kenapa Ziqa? Akak tak ada masalah dan akak tak marah,” ujarku lalu aku mencuci cawan kotor , usai mencuci aku mengelap cawan tersebut untuk disimpan didalam kabinet.

“ Kak Weed, Afie nak keluar kejap ye,” pinta Afie padaku.

“ Nak kemana?” tanyaku sambil menayang wajah serius.

“ Err.. pergi beli barang sikit. Lepas balik ni Afie cerita kat korang semua ok,” janji Afie pada kami geng Cafe Moon.

Aku melihat Afie sedikit kelam kelibut menambahkan lagi rasa cuak dihati. Aku mengerling ke arah Haziqah yang turut aneh dengan sikap Afie.

“ Kenapa dengan Afie tu?” soalku dan Haziqah serentak lantas kami tertawa sendiri.

“ Ha, Kak Weed, tadi si Aimi panggil akak. Katanya ada hal penting.” Tutur Nadia sambil mencapai air Jus Oren yang terletak di atas meja.

Aku menghampiri Aimi yang sedang mengelap meja lalu aku duduk sambil perhatikannya. AImi yang sedar dirinya diperhatikan menoleh ke arahku. AImi tersenyum manis padaku. Didalam hati aku memuji keindahan yang ada padanya.

‘ Cantik Aimi ni, baik. Untunglah si Encik Tinggi tu dapat si Aimi ni ha. Erm sopan, hormat orang yang lebih tua. Tapi yang tak bagusnya sikap kelam labut dan panik tu ha tetap ada walau nak kahwin dah pun. Ha ha,’ dalam puji sempat jua aku kritik tentang Aimi.

“ Err.. Kak Weed,” seru Aimi.


“ Ha? Err.. Nad kata Aimi nak cakap benda penting. Apa dia?” tanya k uterus pada topic yang ingin dibincangkan.

“ Erm.. Macam ni ceritanya. Akak tau kan yang Aimi dah nak tunang?” Aimi melemparkan soalan padaku kembali.

Aku sekadar menggangukkan kepala. Namun aku tidak dapat menangkap apa yang ingin Aimi sampaikan.

“ Err, macam ni. Sebenarnya mama Aimi dah bincang dengan pihak lelaki, sebenarnya pihak lelaki nak buat majlis seringkas yang boleh, dan diorang kata nak percepatkan majlis. So Aimi nak minta pendapat patut ke Aimi ikut cadangan diorang? Sebab Aimi belum.. err.. belum bersedia,” ujar Aimi teragak-agak.

Antara kami berlapan aku lah yang paling matang, aip-aip matang tak bererti TUA ok? Haha, so tak hairanlah kenapa mereka semua meluahkan masalah kepadaku.

“ Aimi, seeloknya Aimi buat solat isthikarah. Untuk tetapkan hati Aimi. Aimi lebih kenalkan dengan bakal tunang Aimi, jadi jawapannya ada pada tangan Aimi. Akak doakan yang terbaik buat Aimi,” ujarku lalu aku melingaskan mata mencari kelibat Syima dan juga Aryssa.

“ Mana Ary dan Syima?” tanyaku apabila kelibat Aryssa dan juga Syima langsung tidak kelihatan.

“ Entah, terima kasih Kak Weed. Kak Weed selayaknya dapat insane yang baik, lebih baik dari Afgan.” Aku mengaminkan doa yang Aimi titipkan.

Aku masih memikirkan ayat yang tertera di atas kad putih yang diberikan Nuqman itu. Namun otakku terlalu sarat, tidak dapat untuk memproses maksudnya. Aimi menepuk lembut bahuku.

“ Akak ada masalah?” soal Aimi.

“ Tak cuma..” pantas aku mengunjukkan kad putih pemberian Nuqman, aku memberi isyarat mata agar Aimi memberitahuku akan maksud yang tertulis diatas kad itu.

‘ Saat kau hadir aku tahu kaulah penyeri hidupku – Nuqman

“ Kak, siapa Nuqman?” soal Aimi, Aryssa dan juga Syima mengambil tempat disebelah dan hadapanku.

Aku mengeluh kecil, lalu aku pandang wajah Aimi, Syima dan Ary silih berganti.

“ Si handsome tadi tu, dialah Nuqman. Akak tak faham maksudnya.” Tuturku perlahan.

“ Bak sini kad tu, biar Kak Ary baca. Erm kak pada Ary kan Nuqman ni luahkan perasaan pada akak, tapi tak tahulah perasaan yang macam mana.”

“ Err.. tadi Nuqman ajak akak lunch, tapi akak belum bagi jawapan.”

“ Pergilah kak, sampai bila akak nak kuncikan hati akak, Ziqa sayang akak. Ziqa tak mahu akak sedih,”ujar Haziqah lantas memeluk tubuhku dari arah belakang.


“ Terima kasih, akak hargai sangat keprihatinan korang. Ha Syima apa cerita dengan si Epul tu?” soalku sengaja mengubah topik.

“ Alhamdulillah, kami ok, tak lama lagi makan nasi minyak Syima ya. Tapi Syima nak akak jadi 
pengapit Syima tau,” pesan Syima padaku lalu aku tersenyum mendengar pesanannya.

“ Ok, takde masalah, Ary dengan Sudin pula macam mana?” soalku pada Aryssa pula.
Aryssa tersenyum memandangku, Haziqah hanya menjadi pendengar setia.

“ Alhamdulillah ok. Ary doakan agar Nuqman tu adalah jodoh yang terbaik buat akak,” kami semua mengaminkan doa yang Aryssa titipkan. Aku merasa terharu mempunyai sahabat susah dan senang seperti mereka, sungguh aku bahagia memiliki sahabat seperti mereka.

“ Assalamualaikum,” pantas kami menjawab salam yang dihulurkan.

“ Afie dari mana?” soal Aimi dan Nadia serentak.

“ Err.. sebenarnya tadi Afie jumpa mak Hafiz dan pergi beli cincin ni,” tutur Afie lantas menghulur cincin yang terletak elok di jari manisnya.

“ Afie pun nak kahwin? Nampaknya geng Cm ni semua dah nak tamatkan zaman bujang, tinggal akak, Ziqa, dan Domi je la erk?” selorohku membuatkan Cafe gamat dengan gelak tawa kami.

Kamu pencuri, pencuri hatiku
Kau bawa lari separuh jiwaku
Kamu pencuri, pencuri hatiku
Tak ada lagi yang sehebat dirimu

Aku mencapai telefon yang aku letak di dalam kocek seluar. Aku melihat no yang tertera. Aku hairan kerana no itu tidak pernah tertera di telefonku, lantas aku membiarkan saja tanpa menjawab panggilan itu. Namun saat deringan kedua aku memikirkan mungkin hal penting yang ingin diucapkan si pemanggil lalu aku mengangkat sahaja.

“ Assalamualaikum.” Aku merasa bagaikan baru sahaja terkena kejutan elektrik. Aku merasa cukup kenal pemilik suara itu.

“ Waalaikumsalam, nak cakap dengan siapa ya?” soalku berhati-hati.
Aryssa mengjongketkan kening bertanya, aku hanya menggangkat bahu tanda tidak tahu.

“ Nurul Wahida, ini saya Nuqman. Haikal Nuqman. Saya tunggu awak di restoran Sweet Apple pukul 12.30 tengah hari. Jangan lewat pula. Dan lagi satu tolong jangan marah Afie ya. Nuqman sebenarnya yang desak agar Afie berikan no fon Nurul.” Aku mengetap bibir sambil menatap wajah Afie.

“ Kalau saya tak datang?” sengaja aku menguji Nuqman.

“ I will wait there until you come, even 4 hours, I will wait for you. I’m promise,” Aku semakin hairan dengan sikap Nuqman.

Pap!

Aku merenung tajam ke arah Afie. Dan kemudian aku mengukir senyum saat melihat wajah Afie yang dah macam nak nangis tu.

Thanks ye Afie. Korang akak nak kongsi satu perkara ni,” ujarku ceria.

“ Apa dia tu kak?” serentak mereka bertanya padaku.

“ Akak tak tahu nak cakap macam mana, tapi akak rasa akak suka dengan cara Nuqman, mungkin terkadang dia macam terlalu strict, tapi akak suka. Dan akak harap korang doakan yang terbaik buat akak,” tuturku lantas aku tersenyum membayangkan wajah Nuqman yang tampan itu.

“ Kami sentiasa doakan akak. Ary tengok Nuqman tu macam sukakan akak,” ujar Aryssa telus.

                                                             ******************
“ Dik, tunggu kejap,” Afie menoleh saat seseorang menyerunya.

“ Macam kenal je, Eh tadi bukan awak ke yang datang Cafe? Yang borak dengan Kak Weed kan?” tanya Afie pada jejaka tampan dihadapannya.

“ Err.. Kak Weed? Siapa tu?” soal jejaka di hadapan Afie penuh dengan tanda tanya.

“ Kak Nurul a.k.a Kak Weeda.” Terang Afie.

“ Oo, macam ni nama saya Nuqman. Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak minta tolong pada..”

“ Afie Sara, panggil je Afie,” ujar Afie dengan senyum yang tidak lekang di bibir.

“ Ok, sebenarnya saya nak minta tolong Afie. Tapi rahsiakan dari Nurul ye,” pinta Nuqman.

“ Tolong apa?” soal Afie sambil menjongketkan kening.

Nuqman kegelisahan, risau akan penerimaan sahabat gadis yang disukainya dalam diam itu.

“ Err, biar saya terus terang je lah, lagi mudah. Sebenarnya saya nak minta tolong Afie tuk yakinkan Nurul bahawa saya sayang dan perlukan dia dalam hidup saya. Dan lagi satu boleh saya err.. minta no fon Nurul?” sedikit tergagap Nuqman menutur kata.

Afie tergamam mendengar ucapan berani Nuqman, dia menelan liur. Tidak tahu alasan apa yang sepatutnya diberikan pada Nuqman.

“ Err.. Kak Weed pasti akan ‘meletop’ kiranya Afie bagi no dia dia pada sembarangan orang, maaf ye awak usahalah sendiri.”

“ Afie, tolonglah. Kali ni je. Saya janji bahawa saya akan menjaga dia seumur hidup saya, kerana saya benar-benar yakin bahawa dialah jodoh yang ALLAH dah tetapkan untuk saya,” pinta Nuqman penuh mengharap.

“ Err. Ok. Ingat! Kalau sampai Kak Weed kesayangan ‘kami’ dikecewakan kami tak kan diam diri tau!” tegas kedengaran suara Afie.

“ Afie.” Aku hairan melihat Afie yang seolah terkejut benar saat aku seru namanya. Seolah mengelamun jauh. Tubuh saja disini namun jasad dan juga mindanya seolah di tempat lain.

“ Afie ok ke? Banyak kali kitorang panggil dengar ke tidak?” soalku kerisauan.

“ Afie ok. Kak Weed sebenarnya ada sesuatu Afie nak cakap. Err.. Afie guguplah, tarikh majlis Afie Cuma tinggal 2 bulan je lagi. Takut lah,” adu Afie padaku.

Aku tersenyum mendengar aduan Afie itu. Namun dalam hati sempat jua aku berfikir soal diriku.

‘ Ai, lah Nurul sampai bila kau nak membujang ni? Erm, ada pakwe pun dah lari, ada jejaka yang aku suka tapi rasa aku ni macam tak layak pula buat dia,’ keluhku tanpa sedar.

Afie mengerling ke luar tingkap Cafe sebaik terlihat kelibat seseorang. Lantas dijongketkan kening ke arahku. Aku yang tidak mengerti hanya mengikut arah sorotan mata Afie. Lalu aku menepuk tangan Afie sebaik melihat Encik Tingginya yang sedang menanti di luar Cafe sambil membawa sejambak bunga, tetibe hati aku merasa sedikit cemburu.

‘ Kalaulah aku dapat sejambak bunga macam tu ya ALLAH bestnya,’ desis hatiku.
Aku mengerling jam yang menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah hari. Sengaja aku melewatkan janji temuku, kerana aku ingin menguji sejauh mana Nuqman mampu menantiku. He he..
Nuqman menunggu dengan penuh setia. Dia mengesat peluh yang merenik didahinya. Hatinya resah menantikan kehadiran gadis yang Berjaya mencuri hatinya. Lantas Nuqman mengerling ke arah jam tangannya, hampir menunjukkan pukul 2.30 bermakna sudah 2 jam dia menanti.

Usai solat aku mengerling jam di dinding. Ternganga mulutku saat melihat angka jam sudah melewati pukul 2.30. Aku sedikit gelabah. Terasa diriku sangat kejam kerana membiarkan Nuqman menanti begitu lama, Sungguh! Mulanya memang aku sengaja membiarkan dia menunggu namun setelah Afie memberitahuku tentang pertemuan tanpa sengajanya dengan Nuqman hatiku jadi berbolak-balik. Masih terngiang di telinga akan suara Afie yang menyakinkan aku tentang perasaan Nuqman terhadapku.

“ Percayalah Kak Weed, Nuqman benar-benar cinta dan sayangkan akak. Dia.. dia benar-benar ikhlas sayangkankan akak, Afie nampak kesungguhan dia untuk memikat hati akak, kalau tidak takkan lah sampai sekarang dia masih menanti akak di Restoran Sweet Apple tu,” ujar Afie lalu aku menoleh ke arahnya sepantas kilat.

“ Dia masih tunggu akak? Walaupun sekarang dah lewat? Dia minta akak jumpa dia pukul 12.30, tapi sekarang, dah lewat ni Afie, akak tak percayalah,” tuturku tidak mempercayai kata Afie.

“ Afie tak bohong, Afie tak pernah bohong selama kita kawan, tapi kalau akak tak percaya juga terpulanglah, Afie tak tahu nak kata apa lagi.”

Aku menarik nafas tercungap-cungap saat telah smpai di Restoran Sweet Apple, lalu aku melingaskan mata mencari Nuqman. Namun hampa, kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan, lantas aku menoleh saat terdengar bunyi petikan gitar disertai pula dengan alunan suara merdu membuatkan hatiku terpaut pada pemilik suara itu.

Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
 
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah
Hanya kerna kau yang cukup indah
 
Untuk dimiliki dan tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
 
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Usai menghabiskan lagu Nuqman melutut sambil menghulurkan sekotak baldu lalu dibuka kotak itu, aku tergamam saat melihat cincin yang berada di dalam kotak itu.

‘ Eh! Kalau tak silap ni cincin yang aku tengok dengan Ary hari tu. Ya ALLAH, apakah hikmah di sebalik semua ini?’ hatiku bertingkah sendirian.

“ Nurul Wahida Ahmad, sudikah awak menjadi suri hati saya Haikal Nuqman? Saya janji pada awak, pada ALLAH bahawa saya akan jaga awak sebaik mungkin, dan hanya kematian yang boleh pisahkan kita. Nurul sudikah awak menjadi isteri, ibu, dan menantu pada ibu dan ayah saya?” soal Nuqman bersungguh-sungguh.

Aku mengesat mutiara jernih yang mengalir dipipiku. Air mata gembira dan juga terharu sebenarnya. Sungguh aku tidak menyangka bahawa Nuqman juga menaruh perasaan terhadapku. Aku menoleh saat terdengar suara yang berbisik di sekelililngku.

“ Terima ajalah, mana nak jumpa lelaki yang setia tunggu sampai berjam-jam,” ujar wanita yang duduk tidak jauh dari mejaku.

Aku merenung sayang wajah Nuqman, lalu aku meloretkan senyuman. Aku menganggukkan kepala tanda aku sudi menerima lamarannya itu.

“ Yess!!” Nuqman menjerit kecil sambil menggengam kedua belah tangannya, aku tersenyum saat terdengar tepukan gemuruh dari pengunjung serta pekerja Restoran itu.

Sesungguhnya inilah kenangan manisku, saat dilamar di hadapan orang ramai serta didendangkan pula dengan lagu yang sangat aku minati itu. Aku bersyukur.

“ Nuqman,” aku memanggil lembut nama Nuqman.

“ Ya, sayang.”

“ Err.. mana Nuqman tahu yang.. err yang saya suka design cincin tu?”

“ Aryssa yang beritahu yang Nurul sukakan design yang nampak simple tapi eklusif macam ni. Awak nak pakai atau nak saya sarungkan?” soal Nuqman lantas dengan malu-malu aku menghulurkan jemari kanan untuk disarungkan cincin.

“ Cukup indah, awak cukup indah buat saya Nurul, kehadiran awak melengkapkan kekurangan yang saya ada. Awak nak tahu Nurul? Sebelum ni sesiapa je saya haramkan untuk memanggil saya dengan nama Nuqman, kerana saya pasti akan teringatkan tentang Syila. Tapi.. Nurul saat mata saya terpandang awak sekelip mata je saya dah mula jatuh sayang, jatuh cinta pada awak. Saya pernah berjanji pada diri saya  Nurul, seandainya saya bertemu dengan insan yang boleh membuatkan hati saya terbuka saya mahu hanya dia yang memanggil saya dengan nama Nuqman, dan awak lah orangnya. Nurul saya cintakan awak saat pertama kali kita jumpa, saat awak baling batu pada saya, ha ha.” Aku turut tertawa kecil mendengar sebaris ayat terakhir yang Nuqman ucapkan.

“ Nuqman, saya juga cin.. cintakan awak, sedari mula kita kenal lagi,” ujarka lantas tunduk menekur lantai, malu sebenarnya, hu hu.

Aku menoleh saat Geng Cafe Moon kian menghampiriku, aduhai rasa tebal berinci-inci wajahku apabila melihat senyuman yang terukir dibibir mereka.

“ Err.. Nurul,” Aku menyungging senyum bila Nuqman memanggil namaku.
 Aku menghampiri Nuqman lantas duduk berhadapan dengannya. Aku merenung tepat wajah Nuqman. Lalu aku jongketkan kening.

“ Err.. masih ada hadiah lagi yang Nuqman ingin berikan, tapi tutup mata dulu boleh?” pinta Nuqman dengan suara yang sengaja diperlahankan.

Saat aku menutup mata Nuqman menarik tanganku, aku sedikit hairan saat terasa ada sesuatu yang diselitkan di tangan kananku, aku menekup mulut saat melihat gelang tangan yang terukir nama NURUL NUQMAN. Sungguh! Aku merasa sangat terharu tika ini, terasa sangat dihargai.

“ Nurul, sebenarnya ada lagi satu pengakuan yang Nuqman ingin katakan, harap tak terkejut ye,” ujar Nuqman.

“ Pengakuan apa lagi Nuqman?” soalku pula. Terlalu banyak kejutan yang dilakukan hingga membuat aku tidak terkata.

“ Waktu majlis kahwin Afgan tu kan, sebenarnya Nuqman perhati je Nurul, apa boleh buat  hati dah berkenan kan, lepas tu Nuqman cuba la untuk dekatkan diri dengan Nurul, tapi Nuqman dapat cerita yang Nurul baru lepas kecewa, so Nuqman pun rasa ingin lindungi Nurul, tapi Nuqman juga tak berani dekat dengan Nurul, takut pula andainya Nurul fikir Nuqman ambil kesempatan.” Terang Nuqman panjang lebar.

                                                         ***************

Bagaikan tidak percaya jejaka yang selama ini aku cintai dalam diam telah pun bergelar suamiku kini, alhamdulilah. Aryssa kini sedang meniti hari bahagianya bersama Sudin. Insya-ALLAH dalam masa beberapa bulan lagi Aryssa akan menjadi isteri orang. Aku turut bahagia buatnya. Syima pula sekarang telahpun bergelar isteri kepada Epul a.k.a Saiful, manakala si Afie Alhamdulillah akan menimang cahaya matanya yang pertama, si cantik manis Aimi tu pula Alhamdulillah juga sudah pun menjadi isteri kepada lelaki yang selama ini menjadi dambaannya siapa lagi kalau bukan Encik Tinggi a.k.a Ahmad Rayyan. Kejam tau Aimi saat ingin disatukan barulah dia beritahu aku tentang nama suaminya itu.

Aku memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana pertemukan ku dengan insan sebaik Nuqman, sungguh aku merasa bahagia hidup di sampingnya. Oh ya! Nadia sekarang sedang menghabiskan Master dalam bidang bisnes, sementara Haziqah pula di dalam bidang akauntan juga mengambil Master. Domi Nisa? Macam biasalah cikgu muda tu.. He he.. Aku mendoakan yang terbaik untuk sahabatku, tidak aku sangka pertemuan kami yang bermula dari laman sosial facebook benar-benar telah merapatkan persahabatan yang terjalin. 

Semuanya bermula dari CafeMoon,  ya ‘ segalanya bermula disini’.

Aku bersyukur mempunyai sahabat seperti mereka. SYUKRAN.... 

                                                     SEKIAN.